General,

BERAPA NILAI BLOG ANDA?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ


Bagi saya, tiada dalam hidup saya hari tanpa sepatah kata. Kerana saya memang suka nak berkata-kata juga melalui tulisan saya. haha… (gelak dulu…)
Berblogwalking semalam terjumpa tentang entri apa harga blog anda di entri en. nicknashram. Lantas teringat pernah saya mendapat sebuah email dari siapa ntah la. Lama dah email tu… Kebetulan email tu dah corrupt tak boleh buka, tak dapatla nak tunjuk bukti. Antara isi email tu ialah, beliau berminat untuk membeli blog saya. Masa tu tak terfikir langsung blog ini boleh menjadikan seseorang itu dikenali dimata dunia. Tak tahu pun dari blogging boleh menjana income. Tak tahu pun blog adalah segalanya bagi seorang blogger.

Tak kiralah blogger itu blogger sepenuh masa atau separuh masa. Memang tak ambil port langsung tentang email tu… Kebetulan pula masa tu sedang kecoh tentang penipuan dari laman internet. Lagi la tak hirau langsung…
Bila baca entri en. Nick teringin juga la nak tahu bernilaikah blog saya ni. Lantas, saya pun klik di laman web ni bizinformation. Hasilnya, seperti yang anda lihat di bawah.

Bermakna, blog saya ada juga nilainya ya? Bukan tidak bernilai. Cuma amountnya taklah sehebat seperti blog lain-lain blogger… Amount yang tertera di atas itu bagi saya, bolehla …. dibuat untuk membayar yuran UTM saya. Tapi perlu tambah sikit dengan duit gaji la… Biasalah kan… dunia masa kini, mana ada apa pun yang percuma dan murah-murah belaka… 
Persoalannya, mahukah saya menjual blog yang amat berharga buat diri saya ini walaupun blog saya ini tidak sehebat blog orang lain yang sememangnya hebat. Jawapannya mudah sangat iaitu TIDAK samasekali. Kenapa? Kerana blog saya adalah medium untuk saya menulis, membaca dan berkongsi pendapat melalui cara saya tersendiri tanpa perlu meniru mana-mana idea oranglain tetapi dari blogwalking ke blog oranglain, selalu juga saya mendapat idea untuk menulis AKA mengomel 🙂 Rugi wo…. Penat-penat menulis, nak jual. Takmo3…. hehe… 
So, berapa pula nilai blog anda? Mestilah lebih hebat dari nilai blog ini kan? 🙂

Nota : 
Satu hari dulu, sedih bila rakan blog AKA followers  tak ramai. Tapi sekarang dah tak kisah sebab “Janji dapat menulis”.  Dan ada yang sudi membaca. Lagi seronok jika entri dikomen. Followers ramai pun tapi entri takde orang nak baca atau komen, pun tak syok juga. Sebab kadang-kadang tu… orang just follow sebab ikut arahan GA /Segmen. Terkadang, orang tak follow pun… Pengalaman…

Apapun, saya amat-amat berterimakasih kepada followers yang sudi follow blog saya dan sudi komen entri saya. Tanpa anda semua, tak mungkin blog saya akan terus bertapak hingga ke hari ini walau tak hebat seperti blog blogger yang lain 🙂
Akhir sekali, usah berputus asa sebagai blogger kerana apa yang telah terjadi dan akan terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri.

0

writer

Guru, Pelajar dan Penulis Blog Separuh Masa (belum mampu menjadi penulis blog sepenuh masa). Suka2…menaip, menyebarkan ilmu…meluahkan perasaan…dan kadang-kadang sedikit merapu… Love my family… Pada yang sudi berkongsi maklumat, amat dihargai….:)