General, KeluargaKU,

LAHIRNYA MEMBAWA JUTAAN BAHAGIA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

4/1/2020 – Abdul Latiff pada hari pertama dilahirkan. Anakku yang ke 5. Alhamdulillah… Penantian membuahkan kebahagiaan. Sebab tu lah  lama tak ber update blog ini… hehe… 

Hari seterusnya, tak payah lah gambar lagi ya… nanti sarat plak blog ni dengan gambar je….

Memandangkan hari ini adalah hari ke 4 cahayamataku ini dilahirkan, Abdul Latiff pun sedang lena… maka dengan penuh rindunya terhadap blogku ini, entri khas ku taipkan untuk pembaca dan pengikut setiaku yang baru mencecah ke 150 orang sehingga 1.52 petang ini.

Hari ni hari ke 4 Abdul Latiff dilahirkan. Dah 2 malam dia asyik meragam je. Dah 2 hari juga nurse dari klinik datang melawat. Dah 2 hari juga siap berurut. Semalam macam nak demam rasanya. Maklumla kan, lama tak berurut… Hari ni, ok sikit dah. Semalam, nurse cek temprature temprature Abdul Latiff 37.7 celcius. Suami bawa dia ke klinik dekat dengan rumah. Alhamdulillah demam dah tiada….

Kesian suami, makan pun tak lalu. Penat… Ye la, uruskan 3 org anak bersekolah, masak untukku lagi. Ambil anak yang 2 orang dari rumah pengasuh. Mana tak penat. Kalau tinggal kat rumah ni, alamat, meranalah badanku. Huhu… badan baru nak sihatlah katakan… (Arwah emak meninggal bulan 6 tahun lalu, tidak, balik kerja, arwah emak datang rumah masak. Huhu… rindu dengan masakan arwah emak. Al-Fatihah untuknya). Mungkin esok lusa, dah boleh perlahan-lahan masak sendiri kot… Sekarang pun, perlahan-lahan buat kerja rumah sikit-sikit yang termampu.

O ya, semalam, encik suami ke JPN uruskan pendaftaran dan surat beranak Abdul Latiff, kemudian beliau bergegas pula ke klinik maklumkan kelahiran pehtu hantar pula MC dan surat doktroku ke sekolah. Penatnya… Kesian suamiku. Memang suamiku amat bijak menguruskan segala-galanya bilakala isterinya ini tak berdaya. Sayang sangat-sangat dengan suamiku, cinta hatiku. Terima kasih suamiku tersayang. Kaulah segala-galanya bagiku. Anak-anak adalah kebahagiaan kita bersama. Moga kelahiran yang membawa jutaan kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat. Amin….

Pss… Lama tak berblogwalking ke blog blogger lain dek hal ehwal kelahiran. Kunjungan pun tak sempat nak berbalas. Maaf juga jika penulisan tak berapa berkualiti. Entri ini sekadar pembuka bicara setelah lama meninggalkan dunia blog. Dalam keadaan sebegini, tak berani nak duduk depan PC lama-lama 🙂


Dah baca, moh le komen…. Anda memang hebat, hensem dan cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya… 🙂

0

writer

Guru, Pelajar dan Penulis Blog Separuh Masa (belum mampu menjadi penulis blog sepenuh masa). Suka2…menaip, menyebarkan ilmu…meluahkan perasaan…dan kadang-kadang sedikit merapu… Love my family… Pada yang sudi berkongsi maklumat, amat dihargai….:)