Tentang Saya

Saya insan biasa sahaja… Saya seorang isteri, ibu kepada mereka berlima ini

previous arrow
next arrow
Slider

Guru, Pelajar dan Penulis Blog Separuh Masa (belum mampu menjadi penulis blog sepenuh masa). Suka2…menaip, menyebarkan ilmu…meluahkan perasaan…dan kadang-kadang sedikit merapu… Love my family… Pada yang sudi berkongsi maklumat, amat dihargai….:)

Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun 1974.

Menetap di Kuala Lumpur bersama suami dan 5 orang anak tercinta.

Mendapat pendidikan di :-

1. Sekolah Kebangsaan Kpg. Cheras Bharu (Darjah 1 – 6, Pengawas sekolah dari darjah 3 – 6) 2. SRA Kpg. Cheras Bharu (Darjah 3 – 6). 3. Sekolah Pondok di Madrasah Irsyadiah Al-Asyraf Al-Wataniyah (1987- 1989).
4. Madrasah Al-Ribat Tut Ta’lim Wat Tarbiyyah Islamiyyah, Batang Berjuntai (1990). 5. Madrasah Al-Ulum As-Sharieyyah, Bagan Datoh, Perak (1991-4 Thanawi & Sijil Menaip). Naib Johan Syarahan Bahasa Arab, Naqibah & Guru Pembimbing Tajwid. 6. Institute of Information Technology (1992 – 1993 Sijil Komputer)
7. Institute of Information Technology (1996 – 1997, Diploma Computer & Management). 8. SPM Calon Persendirian (2008) 9. Universiti Teknologi Malaysia (2011 hingga kini, Diploma Sains Serta Pendidikan Islam-DPI).

Pernah bekerja di Nursury, Tadika dan Syarikat2 swasta sebagai Penyambut telefon, Kerani, Pembantu Peribadi dan berpengalaman di bahagian Pentadbiran Pejabat.

2007 hingga kini bekerja sebagai Guru.

Minat berniaga. Pernah berniaga A 2 Z… Avon to Zhulian dan pelbagai produk MLM termasuk Raja Prepaid.Com (tapi belum pernah kaya raya, hanya dapat pulang modal sahaja). Dek kekurangan modal & tiada kenderaan masa tu, minat berniaga dipendamkan sahaja. Ingin membuka syarikat sendiri tetapi, belum punya modal. So, bekerja & belajar dari PENGALAMAN…

Semasa bujang, giat berpesatuan dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa & Fasilitator di semua peringkat. Berpengalaman membuat kertas kerja dan menerajui aktiviti dalaman dan luaran. Meminati aktiviti2 lasak seperti Jungle Tracking, camping, climbing dan yang seangkatan dengannya.

2009 – 2012, 4 tahun berturut-turut mendapat kepujian dalam Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) Terbaik di peringkat sekolah.

Pernah menjawat jawatan  :-

2007 – 2008 Setiausaha S.U.P (Setiausaha Pelajaran) Sekolah.
2009 – 2011 Ketua Biro Perpustakaan
2011 Ketua Biro Perpustakaan, Ketua Aliran Tahun 6 & Ketua Panitia Matapelajaran Tauhid.
2012 AJK Panitia Bahasa Arab dan Penolong S.U.P.

Berpengalaman di dalam membuat buku2 program sekolah, Video sekolah, Slide Power Point kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) tajuk Menangani Stress Di Tempat Kerja dan Slide Power Point Assignment2 Group UTM.


Dah baca, moh le komen…. Anda memang hebat, hensem dan cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya… 🙂