General, TutorialBlog,

TIMBANG BERAT BLOG

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Lain nak buat, lain dibuat…Yang nak disiapkan tentang blog, ada dalam ENTRI NI

Tapi, tiba-tiba rasa nak timbang berat blog pula

Mak

0
General,

SILA AMBIL PERHATIAN !

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Saya terjumpa tentang perkara ini di dalam fb saya dari kak Sharmila. Terima kasih untuk beliau. Rasanya perlu dijadikan perkongsian untuk semua

SILA AMBIL PERHATIAN !

Jika anda dapati ada bunyi semburan minyak wangi atau penulen udara di dalam teksi, SILA ARAHKAN TAXI TERSEBUT UNTUK SEGERA BERHENTI!!

Ianya telah berlaku kepada seorang wanita kira-kira pukul 0:45. dia mendapat ke dalam teksi yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa melayu. Ketika dia berada di teksi untuk beberapa minit, dia tiba-tiba terdengar bunyi semburan dan terdapat bau seperti penulen udara. dia berasa pelik mengapa pemandu tersebut meletakkan dua jenis pembersih udara dalam teksi beliau. “Bau tersebut segera mengingatkan saya tentang emel yang pernah saya baca. Saya mula menjadi sedar di sekeliling saya. Tetapi sedutan penulen disimpan dan muncul setiap beberapa minit. Saya mula berasa sangat bimbang dan takut.


Secara beransur-ansur, saya merasakan bahawa badan saya mula berasa lemah dan lemah. Penulen disimpan di pertengahan dari tempat duduk belakang, betul-betul di belakang saya. saya benar-benar merasakan seluruh badan saya semakin lemah, saya cuba mengarahkan pemandu tersebut untuk membiarkan saya turun di tepi jalan. Tetapi dia terus cuba untuk bercakap dengan saya dan bertanya kepada saya mengapa tidak menurunkan saya di destinasi saya sahaja. Saya berfikir yang dia sedang cuba untuk memanjangkan masa.

Saya mulai berasa seram, saya merasakan kedua-dua tangan dan kaki saya seperti lumpuh dan tidak bertenaga, dan hampir tidak boleh bergerak. Apabila saya bercakap kepada pemandu tersebut, saya tidak mampu bercakap dengan betul, saya cuba menjerit untuk mendapatkan bantuan,tetapi tubuh badan saya benar-benar terlalu lemah .Sesampainya di lampu isyarat, saya membuka pintu, melompat keluar dan berlari meninggalkan teksi tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan kerana menyelamatkan saya. Jika tidak, saya benar-benar tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada saya. Saya menjadi trauma dengan kejadian ini.
Ini adalah kes yang BENAR. Sila beringat!

Saya berasa pengalaman ini perlu untuk dikongsikan dengan anda semua, tidak kira anda lelaki atau wanita ‘ini bukan tipu ,dan bukanlah cerita yang direka-reka .Ia benar-benar berlaku.

Biarkanlah rakan-rakan anda, ahli keluarga dan saudara mara anda mengetahu tentang kes ini. Saya percaya anda juga sama seperti saya, tidak mahu sesiapa dijadikan mangsa dengan kes ini .. ‘Sila berhati-hati apabila merancang untuk menaiki teksi, terutama wanita.’

Sila beringat selalu agar tidak menaiki teksi yang berbau yang tidak menyenangkan yang menbuat anda ragu-ragu dan kalau boleh, jika anda mampu berbuat demikian, membuat panggilan atau sms kepada rakan-rakan atau saudara mara anda dan biarkan mereka tahu nombor pendaftaran teksi dan jika boleh, nama pemandu teksi tersebut.

CERMIN TINGKAP BIARKAN TERBUKA!
Kaum wanita sila ambil perhatian..
dan kepada semua sila kongsikan kepada rakan-rakan wanita anda..
Sila SHARE post ini.


Dah baca, moh le komen…. Anda memang hebat, hensem dan cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya… 🙂

General, Segmen Jom Join,

SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Selalu tengok je orang buat segmen. Dalam hati, ada taman sekembang kembang semangkuk. Nak juga buat segmen sendiri. Julung-julung kalinya saya buat segmen ini. Disamping meramaikan kenalan. Bertujuan untuk mengetahui pandangan rakan-rakan tentang blog saya. Taklah pandai sangat buat segmen, seadanya sahaja… Sudi-sudikanlah ya…

SYARAT

1. Tiada paksaan untuk follow blog ieta, G+  atau Social Networking saya (semua berada dikanan blog). Menjadi follower dan klik button like adalah mengikut kehendak dan keikhlasan peserta.

2. Seperti biasa, copy tajuk entri.

3. Tepek banner simple di atas tu dalam entri anda dan linkkan ke entri INI.

4. Letakkan link anda dalam ruangan komen di bawah (bukan dalam chatbox ya…)

5. Berikan komen dan cadangan anda terhadap blog ini. Usah risau… saya tak kecil hati punya… nak komen kaw-kaw pun tak mengapa.

HADIAH

1. Rahsia… secara pos kepada pemenang utama pertama, ke dua & ke tiga (hadiah lain-lain tau. Tunggu…).

2. Promosi blog melalui review blog yang juga akan saya buat secara khusus untuk pemenang utama.

3. Review umum blog semua peserta yang menyertai segmen ini.

TARIKH TAMAT

15/3/2020

Julung kali segmen saya,
Segmen yang lain bakal menjelma;
Terima kasih atas sokongan,
Salah silap harap maafkan. 


Terima kasih sudi baca entry blog ini. Jangan lupa komen dan like ya 🙂

General, Segmen Jom Join,

Segmen Free Header + Review Blog by NFH

Selalu terjumpa segmen2 tertarik dihati yang last2 minute dah nak tamat tempoh… Joint je la…Tuah ayam nampak di kakiTuah aku… siapa yang tahu…?Kan3…. hehe…
Sape nak joint, sila klik banner di bawah (ada masa lagi ni…)


Dah baca, moh le komen…. Anda memang hebat, hensem dan cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya… 🙂

General,

TOLONG2…. BLOGLIST KENA MALWARE

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Niat dihati nak berblogwalking petang tadi semalam selepas siapkan assignment, terhenti bila buka Bloglist di page tab dari blog saya ni jadi macam bawah ni… sedihnya… Habis punah semua bloglist yang dah saya set up untuk memudahkan saya blogwalking. Pertama kali jadi begini., hilang mood seketika tadi. Tak tahu pula bila waktunya terkena Malware ni.

Ada sesiapa yang tahu tak bagaimana nak settlekan masalah ini?

JOM JOINT SEGMEN NI…

Update :
7/2/2013 Masih berusaha mencari nama muspalestina.blogspot.com tu dan akan create semula blog bloglist yg dah tak boleh dipaparkan tu. Dahlah tu, bila nak BW ke senarai nama-nama peserta segmen2 yang dah saya joint, nak follow, keluar entah hape-hape iklan ntah, baru boleh keluar arahan follow. Big problem sungguh Malware nih. huhu…

Baru dapat BW dan follow ke peserta yang ke 20 bagi SEGMEN ni
(harap maaf bagi blog yang tersangat2 lambat loading (macam la blog akak cepat sangat loadnya kan…?), ada captcha bila nak komen dan tak jumpa shoutbox atau ruang komen saya tak follow sebab mengejar masa sambil buat assignment, betulkan blog bloglist dan jaga baby).

.my sy masih problem macam yang saya dah sebut dalam entri INI. Sekejap ok, sekejap k.o

Update : 11/2/2013 DAH BERJAYA DELETE BLOG mustrategy (muspalestina.blogspot.com) sambil edit blog & buat assignment website.


Dah baca, moh le komen…. Anda memang hebat, hensem dan cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya… 🙂

General, Nak Feedback Pls,

BER DOT MY SEMULA walau masih error…

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Beberapa hari lalu….

Kini… walau agak slow… mungkin slow sebab blog ni berat kot…
Alhamdulillah… Thanks to 

Tapi, sentiasa macamni la pulak…

bila nak klik kat ‘your changes have been save.View Blog’ selepas save untuk edit blog/widget.
Update : Blog dah okay 🙂 tapi… sekejap ok, sekejap tak… haish…


Dah baca, moh le komen…. Anda memang hebat, hensem dan cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya… 🙂

General, KeluargaKU,

LAHIRNYA MEMBAWA JUTAAN BAHAGIA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

4/1/2020 – Abdul Latiff pada hari pertama dilahirkan. Anakku yang ke 5. Alhamdulillah… Penantian membuahkan kebahagiaan. Sebab tu lah  lama tak ber update blog ini… hehe… 

Hari seterusnya, tak payah lah gambar lagi ya… nanti sarat plak blog ni dengan gambar je….

Memandangkan hari ini adalah hari ke 4 cahayamataku ini dilahirkan, Abdul Latiff pun sedang lena… maka dengan penuh rindunya terhadap blogku ini, entri khas ku taipkan untuk pembaca dan pengikut setiaku yang baru mencecah ke 150 orang sehingga 1.52 petang ini.

Hari ni hari ke 4 Abdul Latiff dilahirkan. Dah 2 malam dia asyik meragam je. Dah 2 hari juga nurse dari klinik datang melawat. Dah 2 hari juga siap berurut. Semalam macam nak demam rasanya. Maklumla kan, lama tak berurut… Hari ni, ok sikit dah. Semalam, nurse cek temprature temprature Abdul Latiff 37.7 celcius. Suami bawa dia ke klinik dekat dengan rumah. Alhamdulillah demam dah tiada….

Kesian suami, makan pun tak lalu. Penat… Ye la, uruskan 3 org anak bersekolah, masak untukku lagi. Ambil anak yang 2 orang dari rumah pengasuh. Mana tak penat. Kalau tinggal kat rumah ni, alamat, meranalah badanku. Huhu… badan baru nak sihatlah katakan… (Arwah emak meninggal bulan 6 tahun lalu, tidak, balik kerja, arwah emak datang rumah masak. Huhu… rindu dengan masakan arwah emak. Al-Fatihah untuknya). Mungkin esok lusa, dah boleh perlahan-lahan masak sendiri kot… Sekarang pun, perlahan-lahan buat kerja rumah sikit-sikit yang termampu.

O ya, semalam, encik suami ke JPN uruskan pendaftaran dan surat beranak Abdul Latiff, kemudian beliau bergegas pula ke klinik maklumkan kelahiran pehtu hantar pula MC dan surat doktroku ke sekolah. Penatnya… Kesian suamiku. Memang suamiku amat bijak menguruskan segala-galanya bilakala isterinya ini tak berdaya. Sayang sangat-sangat dengan suamiku, cinta hatiku. Terima kasih suamiku tersayang. Kaulah segala-galanya bagiku. Anak-anak adalah kebahagiaan kita bersama. Moga kelahiran yang membawa jutaan kebahagiaan ini berkekalan ke akhir hayat. Amin….

Pss… Lama tak berblogwalking ke blog blogger lain dek hal ehwal kelahiran. Kunjungan pun tak sempat nak berbalas. Maaf juga jika penulisan tak berapa berkualiti. Entri ini sekadar pembuka bicara setelah lama meninggalkan dunia blog. Dalam keadaan sebegini, tak berani nak duduk depan PC lama-lama 🙂


Dah baca, moh le komen…. Anda memang hebat, hensem dan cun sebab sudi komen kat entri ni. Terima kasih ya… 🙂

General,

Segmen : Kenape mesti follow? by Paly

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

Tengok due date lambat lagi… apa lagi… joint je la dulu sementara tunggu domain setup ok, sambil-sambil siapkan edit slide power point…


1. Follow blog aku ni dan twitter aku – Atas kemahuan sendiri sebab tak wajib pun. Memang dah lama follow Paly ni, tapi hari ni baru nak follow blognya kat twitter.


2. Bukak satu entri, letak tajuk “Segmen : Kenape mesti follow? by Paly”Dah buat dah…


3. Copy url banner tak seberape kat atas tu dan backlink ke entri sini.pun dah buat gak…


4. Nyatakan pandangan korang tentang Blog Paly a.k.a KSGer iaitu blog aku niBlog Paly mudah dibuka, best, banyak plak infonya. Bahasanya santai… Yang paling best, dapat belajar cara setup domain jap tadi.


5. Jawab soalan ni ” Kenape korang perlu follow Blog Paly?”Sebab apa ek…? Mesti la sebab nak meramaikan gang dalam blog… apa lagi… kan3…? hehe…


6. Jawab soalan ni ” Kenape korang perlu follow blog aku ni?” – blog korang 🙂

1. Blog saya tak ramai followers lagi… huhuhu…

2. Sebab saya suka follow blog korang kalo korang follow blog saya balik (korang tak follow pun, dengan muka tak malunya saya follow gak korang… hehe…)


7. Post link entri kat komen di bawah.Siap dah 🙂


Pss… agak2 kalo sy buat segmen ala-ala macam segmen ni, ada orang nak joint ke?